Halaman UtamaMuat TurunFAQForumPautanNews CategoriesHubungi KamiApril 01 2025 09:48:39
Navigation
Search
Articles
Forum
Galeri Foto
MyEcafeteria
Webmail
E-Bahan
Shah Unggul 2018
Sistem E-Gerak
Maklumat Pelajar / Kelas
SBP Excellent Password
HKSBP45
Info Sekolah
Profil Sekolah
Kurikulum
Kokurikulum
Piagam Pelanggan
Kemudahan
Kelas Tahanan
Takwim 2018
Jadual Outing/Pulang 2019
Pusat Sumber
Pentadbiran
Pentadbiran Sekolah
Kaunselor
Staf Akademik
Staf Sokongan
Info Peperiksaan
Takwim Peperiksaan 2018
Statistik Peperiksaan
Keputusan Ujian Dalaman
Organisasi
Pers. Ibu Bapa dan Guru
Kelab Guru
Kelab Staf Sokongan
Alumni SHAH
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 65,450
Newest Member: dioroutletlp
Forum Threads
Newest Threads
nike air max austral...
air max australia q...
mont blanc pens zqt...
ybyz polo ralph laur...
miumiu バッグ
Hottest Threads
kenalkan diri [145]
pic korang [92]
SHAH DEBATE TEAM [70]
Alumni Hockey [55]
kpd sumer form 5 ... [42]
SHAH Intranet
Tempahan SmartCard
Permohonan Outing
Photo Station
Sistem Pengurusan Sekolah
MyEcafeteria Online
Foto Terkini..
Profil Sekolah
Profil Sekolah
profil
Nama Sekolah. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan.
Kod Sekolah. CEA5072
Tarikh Tubuh 01 Mac 1989
Jenis Sekolah Sekolah Berasrama Penuh.
Peringkat Sekolah Menengah Rendah dan Atas
Alamat Jalan Sultan Abu Bakar,26600 Pekan


Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan,Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Muatain Billah Shah, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan.Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan.Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri.Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang.Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya. Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui JKR kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
Perletakan Batu Asas

Pendidikan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.

 

“ SHAH Pekan sebagai wadah
terbaik dalam sistem pendidikan kebangsaan yang mampu menghasilkan modal insan yang
mempunyai kecemerlangan akademik, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme . ”

Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi memberikan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

Memperbanyakkan pelajar bumiputra mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beramal dan berbudi sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.

Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SHAH supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SHAH.

Mewujudkan warga SHAH yang mengamalkan budaya penyayang.

Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SHAH.

Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja yang cekap, pantas tepat dan bijaksana.

Menjayakan program pendidikan Menengah yang berorientasikan sains dan teknologi bagi mewujudkan tuntutan Wawasan 2020.

 

 

 

Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

8826284 Unique Visits

Powered by PHP-Fusion v6.00.207 © 2003-2005