| Users Online |
Guests Online: 1
No Members Online
Registered Members: 65,450
Newest Member: dioroutletlp
|
|
| Foto Terkini.. |
 |
|
|
| News |
| 153 Pelajar Ditawar Ke Tingkatan 1 Di SHAH |
| Shah Pekan, 20 Disember, seramai 153 pelajar lepasan UPSR ditawar melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Shah Pekan.Daripada jumlah tersebut,95 orang adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan.Pelajar yang berasal dari negeri Pahang merupakan jumlah yang teramai iaitu 85 orang, diikuti pelajar dari negeri Kelantan seramai 39 orang dan Terengganu seramai 29 orang. Pada tahun ini tidak ada lagi pelajar dari negeri lain selain dari tiga negeri tersebut.Mereka akan mendaftarkan diri pada 8 Januari 2007. |
admin on December 20 2006 16:42:44 ·
195 Comments ·
12733 Reads ·
|
|
| Pasukan Ragbi Shah Akan Dapat Padang Baru |
Shah Pekan 17 Disember: Pasukan Ragbi shah akan mendapat kemudahan baru pada tahun 2007 apabila padang ragbi shah yang sedang dibina siap pada awal 2007.Dengan adanya padang ini pasukan ragbi shah tidak lagi berkongsi padang dengan pasukan bola sepak dan ini akan memberi suntikan semangat baru kepada pasukan ragbi shah yang semakin aktif setelah agak malap beberapa tahun lepas.Selain itu padang hoki dan bola sepak juga sedang dibaikpulih.Besarlah harapan pihak sekolah agar tahun 2007 akan juga memberikan kejayaan yang cemerlang dalam bidang sukan selain daripada akademik.

Padang Ragbi yang sedang dibina

Padang hoki sedang dibaikpulih. |
admin on December 17 2006 11:41:39
126 Comments ·
6023 Reads ·
|

| Program Selepas PMR: Pelajar Hasilkan Bangku Rehat |
Setiap tahun selesai sahaja Peperiksaan PMR pihak sekolah akan menganjurkan satu program yang dinamakan "Program Selepas PMR" dengan kerjasama Bimbingan dan Kaunseking Shah.Program ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti daripada keceriaan hinggalah kepada program akademik yang melibatkan semua pelajar tingkatan tiga.Pada tahun ini salah satu projek keceriaan yang dijalankan ialah projek menghasilkan bangku rehat yang bertujuan untuk memperbanyakkan lagi bangku tempat berehat yang selalunya digunakan oleh para ibu bapa sebagai tempat pertemuan dengan anak mereka ketika datang melawat anak mereka disekolah.Pelajar yang menyertai projek ini diberi latihan dan tunjuk ajar khas dari tenaga pengajar yang dibawa dari luar sekolah.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelajar tingkatan tiga 2006 yang terlibat dengan program ini.

Bangku rehat yang dihasilkan oleh pelajar. |
admin on December 17 2006 11:16:45
130 Comments ·
5941 Reads ·
|

| Hari SHAH UNGGUL 2006: Rumah Hamdan Johan Keseluruhan |
Shah Pekan, 15 November: Rumah Hamdan telah diumumkan sebagai johan keseluruhan Shah Unggul 2006, sempena Hari Shah Unggul yang di adakan pada hari ini yang dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pekan.Hari Shah Unggul merupakan hari kemuncak penilaian kepada sistem rumah yang telah diperkenalkan di semua SBP.Penilaian dibuat berdasarkan kepada kategori Akademik, Kokurikulum,3K dan sahsiah.Walaupun menduduki tempat terakhir bagi kategori sahsiah, namun pencapaian sebagai johan kategori 3K dan naib johan kategori Akademik dan Kokurikulum telah berjaya membantu rumah Hamdan untuk di nobatkan sebagai johan keseluruhan. Dengan kejayaan ini maka Hamdan telah berjaya mengekalkan kejuaraan untuk tahun ketiga berturut-turut.Syabas untuk semua warga Hamdan. Keputusan Penuh...

Persembahan tarian Zapin Sempena Hari Shah Unggul |
admin on November 15 2006 11:38:38
128 Comments ·
5272 Reads ·
|
|
 |
| HAMDAN - Johan Pertandingan Pasukan Sorak Rumah Sukan |
SHAH Pekan,14 November: Pasukan Sorak Rumah Hamdan telah berjaya menjadi johan Pertandingan Pasukan Sorak Rumah Sukan yang julung kali diadakan pada tahun ini.Pertandingan ini diadakan sempena Hari Shah Unggul yang akan diadakan pada hari Rabu 15 November 2006 bertempat di Dewan Makan Asrama Shah.Pertandingan yang diadakan di Dataran Asrama Putera ini menyaksikan Rumah Aminuddin mendapat tempat kedua, Rumah Rahman tempat ketiga dan Rumah Murad mendapat tempat keempat.Pasukan Sorak Rumah Hamdan akan membuat persembahan sempena menyambut ketibaan VIP yang akan merasmikan Hari Shah Unggul esok.

Aksi Pasukan Sorak Rumah Sukan Hamdan. |
admin on November 14 2006 10:32:34
127 Comments ·
3885 Reads ·
|

| 146 Pelajar Shah Selesai Menduduki Peperiksaan PMR |
| Shah Pekan, 6 Oktober - Seramai 146 pelajar tingkatan tiga selesai menduduki peperiksaan PMR hari ini.Peperiksaan yang bermula pada 2 Oktober lalu di Dewan Shah Perdana berjalan lancar mengikut jadual tanpa sebarang masalah. Beberapa orang pelajar yang ditemui yakin bahawa mereka akan mendapat A dalam semua mata pelajaran.Adalah menjadi harapan pihak sekolah bahawa pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini akan terus mengekalkan dan meletakkan Shah di tangga teratas Zon Timur seperti tahun-tahun sebelumnya.SELAMAT BERJAYA... |
admin on October 06 2006 11:09:02
130 Comments ·
7520 Reads ·
|
|
|
|
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|