PM Sampaikan Sumbangan Kepada Sekolah SHAH Pekan
Posted by Anggun Mayasari on November 23 2017 11:08:39
19 November 2017 : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.9 juta kepada Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH).PM yang tiba di sekolah itu pada 9.50 pagi turut meninjau keadaan sekolah itu sebelum menyampaikan sumbangan kepada pengetua sekolah Adnan A. Aziz dan meluangkan masa bersarapan pagi dengan pelajar.Sumbangan itu akan digunakan untuk menyelenggara bangunan, fasiliti dan asrama sekolah yang buat masa ini mempunyai 583 orang pelajar tingkatan satu hingga lima, dengan kapasitinya boleh menempatkan 600 orang dalam satu-satu masa.Sekolah ini dibina pada tahun 1989…jadi sudah sampai masanya untuk kami baik pulih fasiliti yang ada memandangkan kami akan menjadi tuan rumah, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ke-45 peringkat kebangsaan pada pertengahan tahun depan.Keutamaan akan diberikan untuk kerja baik pulih dewan sekolah memandangkan dewan itu akan digunakan sepenuhnya pada hari tersebut selain kemudahan asrama untuk keselesaan pelajar.Adnan menambah selain itu, sekolah berkenaan yang merupakan sekolah berprestasi tinggi juga memerlukan kerja pembaikan akibat mendapan memandangkan sekolah itu dibina atas bekas paya, selain berhadapan dengan masalah karat dan pendawaian elektrik.