MAJLIS SEMARAK MESRA 2010
Posted by admin on March 28 2010 11:06:50
Shah Pekan, 27 Mac, satu majlis pertemuan dan perbincangan antara ibu bapa, guru dan pelajar telah diadakan pada hari ini yang melibatkan pelajar tingkatan tiga dan lima yang terpilih. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang mendapat sambutan yangmenggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga yang mengadakan perbincangan mengenai prestasi anak mereka dalam pembelajaran di Shah. Majlis yang diadakan ini merupakan acara tahunan yang merupakan salah satu cara pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar. Majlis yang sama juga akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditentukan yang akan melibatkan pelajar terpilih dari semua tingkatan.