Halaman Utama Muat Turun FAQ Forum Pautan News Categories Hubungi KamiSeptember 25 2018 11:29:39
Navigation
Search
Articles
Forum
Galeri Foto
MyEcafeteria
Webmail
E-Bahan
Shah Unggul 2018
Sistem E-Gerak
Maklumat Pelajar / Kelas
SBP Excellent Password
HKSBP45
Info Sekolah
Profil Sekolah
Kurikulum
Kokurikulum
Piagam Pelanggan
Kemudahan
Kelas Tahanan
Takwim 2018
Jadual Outing/Pulang 2018
Pusat Sumber
Pentadbiran
Pentadbiran Sekolah
Kaunselor
Staf Akademik
Staf Sokongan
Info Peperiksaan
Takwim Peperiksaan 2018
Statistik Peperiksaan
Keputusan Ujian Dalaman
Organisasi
Pers. Ibu Bapa dan Guru
Kelab Guru
Kelab Staf Sokongan
Alumni SHAH
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 65,450
Newest Member: dioroutletlp
Forum Threads
Newest Threads
nike air max austral...
air max australia q...
mont blanc pens zqt...
ybyz polo ralph laur...
miumiu バッグ
Hottest Threads
kenalkan diri [145]
pic korang [92]
SHAH DEBATE TEAM [70]
Alumni Hockey [55]
kpd sumer form 5 ... [42]
SHAH Intranet
Tempahan SmartCard
Permohonan Outing
Photo Station
Sistem Pengurusan Sekolah
MyEcafeteria Online
Foto Terkini..
News
KEJOHANAN FUSTAL BEKAS PELAJAR SHAH 2007
Dear Friends (Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad SHAH Pekan),
**Please foward to all bekas pelajar SHAH
The 2nd Ex-Shahian Futsal Tournament 2007 will be held, details as below:
DATE : 15 DECEMBER (SATURDAY) 2007
VENUE : THE CHALLENGER FUTSAL ARENA, TAMAN CONNAUGHT CHERAS.
TIME : 9.00AM
FEES : RM150.00 per team (max 8 players)
TARIKH TUTUP PEYERTAAN : 7 DECEMBER 2007 (FRIDAY)
CATEGORY PERTANDINGAN : Category 1 - Batch 90 - 97
Category 2 - Batch 98 - 06
HADIAH : Tempat 1 - Piala Pusingan + RM250.00 & Medal & Hamper
Tempat Ke-2 - RM150.00 & Medal & Hamper
Tempat Ke-3 - Hamper
SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN:
1. Peryertaan adalah terbuka kepada BEKAS PELAJAR SHAH sahaja.
2. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengeratkan persahabatan diantara bekas pelajar SHAH, PEKAN.
3. Jumlah pasukan yang bertanding adalah tertakluk kepada jumlah peyertaan.
4. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang maksimum termasuk pemain simpanan. Pasukan akan diundi untuk 4 - 5 pasukan sekumpulan.
5. Setiap perlawanan akan berlangsung selama 14 minit tanpa rehat. Pasukan akan bertukar gol selepas 7 minit.
6. Format round robin akan dimainkan pada pusing pertama, pasukan yang menang akan pergi ke peringkat suku akhir, separuh akhir dimana format "knock-out" akan dimainkan. Pemenang pusingan separuh akhir akan mara ke pusing akhir dan pasukan kalah akan bertanding tunuk tempat ketiga dan keempat. 3.Di dalam format round robin 3 markah akan diberi untuk menang, 1 markah untuk seri dan 0 untuk kalah. Jika markah sama, pasukan yg menpunyai gol tertinggi akan mara. Jika masih seri, tendangan penalti akan diadakan (best of 3).
7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan / kematian / kemalangan yang berlaku semasa & selepas perlawanan.

9. Pihak penganjur berhak menukar tempat, tarikh, jadual, format, sayarat-syarat peraturan, hadiah, yuran dan borang pernyertaan dan notis akan diberikan kepada semua pasukan yang bertanding.
Sesiapa yang berminat, sila isi borang dan submit form and money to FARHA/JOE/BURN.
Untuk keterangan lanjut, boleh email or call us:
Farha 012-2222 456 farhaburhan@gmail.comAlamat e-Mail ini dilindungi dari operasi SPAM-boat, aktifkan Javascript untuk melihatnya. (u can fax the form to 03-2031 9351)
Joe 012-9085267 mrcooleoj@yahoo.comAlamat e-Mail ini dilindungi dari operasi SPAM-boat, aktifkan Javascript untuk melihatnya.
Burn 012-2924620 azmiaab@simedarby.comAlamat e-Mail ini dilindungi dari operasi SPAM-boat, aktifkan Javascript untuk melihatnya.
Untuk sebarang komen, cadangan atau pertanyaan, anda juga boleh layari website rasmi SOSA www.shahpekan.org
admin on December 01 2007 10:18:30 · 133 Comments · 5640 Reads · Print
Rumah Hamdan Juara Keseluruhan Shah Unggul 2007
Shah Pekan, 06 November, Rumah Hamdan diumumkan sebagai juara keseluruhan Shah Unggul bagi tahun 2007 sempena hari Shah Unggul yang diadakan pada hari ini. Anugerah ini merupakan yang kedua dimenangi Rumah Hamdan setelah memenanginya juga pada tahun 2006.Tempat kedua dimenangi oleh rumah Rahman dan ketiga rumah Aminuddin. Rumah Murad kekal sebagai pemenang tempat keempat.Hari Shah Unggul tahun ini telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPNP iaitu En. Ahmad Hamizi bin Abu Hasan.
admin on November 07 2007 12:59:17
137 Comments · 5398 Reads · Print
Majlis Jamuan Hari Raya
Shah Pekan, 23 Oktober, satu majlis jamuan Hari Raya telah diadakan di perkarangan pangsapuri guru Shah pada hari ini dalam keadaan sederhana tetapi meriah.Majlis yang bermula jam 9.00 malam tersebut melibatkan semua pelajar, guru kakitangan sokongan dan kakitangan swasta shah.Persediaan Majlis bermula sejak awal pagi lagi dibuat secara gotong royong bersama-sama guru, staf serta pelajar-pelajar tingkatan tiga dari memotong daging hinggalah memasak gulai kawah.Majlis tersebut turut dihadiri oleh AJK PIBG Shah.
admin on October 24 2007 14:27:42
128 Comments · 4002 Reads · Print
Majlis Khatam Qur'an dan Sumbangan Hari Raya
Shah Pekan, 11 Oktober, Satu majlis Khatam Al-qur'an telah di adakan pada pagi ini bertempat di Dewan Shah Perdana.Majlis yang diterajui oleh Ust. Suhaimi Endut itu telah disertai oleh beberapa orang pelajar yang dipilih dan bersempena dengan Majlis Tadarus Al-Qur'an yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadan di Surau Shah. Bersempena dengan majlis itu juga, seramai 130 orang pelajar yang kurang bernasib baik telah menerima sumbangan Hari Raya dalam betuk wang tunai hasil daripada derma ibu bapa, guru dan pelajar-pelajar. Selepas majlis tersebut pelajar dan guru bersalam-salaman antara satu sama lain sebelum pulang ke destinasi masing-masing untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga.
admin on October 11 2007 09:53:17
125 Comments · 4505 Reads · Print
Second Annual General Meeting of the SHAH Old Students Association (SOSA
Dear Members,

The second Annual General Meteting of the SHAH Old Students Association (SOSA) has been set for November 4th 2007.

The meeting is held in line with our constitution to present the past year activities and announcement of elected boards. AGM is open to all members in good standing to attend in person.

Below are the details:

Date : 4th November 2007 (Sunday)

Time : From 2.00 pm to 5.00 pm

Venue :Ballroom 2, 2nd Floor

The Royale Hotel Kuala Lumpur
17-21 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Price : RM 30.00 net per person. (for snacks)

Contact Person:
1. Ahmad Azivik Azbe 019-3934224
2. Dzulfida Adzwan 013-2901102
3. Farha Burhan 012-2222456

RSVP is essential. Thank you.

From :
Vice President 1
Mohd Nor Arshad Kamaruzzaman ('93)
admin on October 08 2007 12:56:51
138 Comments · 6176 Reads · Print
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Pelajaran Pahang
Shah Pekan, 27 September, Satu Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Pelajaran Pahang telah diadakan di Dewan Makan Shah pada hari ini.Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang itu dimulai dengan ucapan tuan pengetua Shah dan kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Pengarah Pelajaran Pahang. Dalam ucapannya Beliau memberikan beberapa petua kepada pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan serta meminta semua pelajar sentiasa mengingati diri masing-masing kenapa mereka berada di Sekolah Berasrama Penuh.Selepas berbuka puasa, beliau bersama-sama AJK PIBG, Guru-Guru dan staf sokongan serta pelajar-pelajar Shah bersama-sama solat maghrib, Isya' dan seterusnya solat Tarawih di surau Shah.
admin on September 27 2007 08:14:54
127 Comments · 6057 Reads · Print
Maksimumkan Penggunaan Pusat Sumber - Pengetua
Shah Pekan 24 September, Pusat sumber seharusnya digunakan semaksimum mungkin oleh pelajar kerana disitulah terdapat pelbagai sumber ilmu.Begitulah antara kata-kata yang diucapkan Tuan pengetua Shah En. Abdullah bin Musa di dalam ucapannya sempena Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2007 - 2008 hari ini.Selain itu beliau juga merasa agak kecewa kerana pelajar amat kurang meminjam buku-buku ilmiah berbanding dengan novel-novel remaja.Beliau juga berharap pengawas-pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik akan dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan.Dalam majlis tersebut, seramai 40 orabg pelajar telah dipilih dan dilantik sebagai pengawas pusat sumber yang di ketuai oleh Muhammmad Amzar bin Abdul Halim sebagai Pengerusi, Ahmad Shahir bin Fadzil (Naib Pen. 1), Nurul Ain bin Sukeri (Naib Pen. 2), Engku Norhaezah bt Abdul Rahman (Setiausaha) dan Siti Aminah binti Jamaluddin sebagai Bendahari.Exco lain terdiri daripada Ariff Akmal Baharuddin (K. Bilik Tayangan), Mohd Hafiz bin Abu Samah (K. Biro Tugas Khas), Normannizam Shah bin Ahmad Shah (K. Perpustakaan), Raja Hawa Nurathirah Raja Izzuddin (K. Bilik Multimedia) dan Farahatul Khalida binti Mohammad (K. Biro Keceriaan).
admin on September 26 2007 15:44:45
141 Comments · 5414 Reads · Print
Nada Bai'ah SHAH Johan Pertandingan Nasyid DI Astro - Zon Selatan
Shah Pekan 17 Sept, Kumpulan Nasyid Nada Bai'ah SHAH telah dinobatkan sebagai juara pertandingan nasyid di Astro (Zon Selatan) yang di adakan di Kuantan Parade pada 15 dan 16 September yang lalu.Walaupun menerima kritikan dan teguran daripada para juri yang terdiri daripada Ustaz. Akhil, Waheeda dan Ariffin Hijjaz, namun ia tidak menghalang Kumpulan Nada Bai'ah yang merupakan satu-satunya kumpulan nasyid dari sekolah , memenangi pertandingan tersebut dengan menewaskan lima kumpulan nasyid yang lain dari KIPSAS,UIAM serta dari negeri Johor.Dengan kejayaan ini kumpulan Nasyid Nada Bai'ah SHAH layak ke pertandingan 'Grand Final' yang akan diadakan pada 07 Oktober 2007 di Stadium Bukit Raja Kelang .
admin on September 18 2007 14:34:59
127 Comments · 3683 Reads · Print
En. Abdullah bin Musa Pengetua Baru SHAH
Shah Pekan, 17 September, En. Abdullah bin Musa telah dilantik sebagai pengetua baru Shah pekan bagi menggantikan Pn. Hajah Zabedah binti Osman yang telah bertukar sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.Beliau telah melaporkan diri pada 10 Sept yang lalu tetapi tidak dapat berada di sekolah kerana terus menghadiri mesyuarat pengetua SBP.Beliau dilahirkan di Kampung Mengkasar Pekan dan memulakan persekolahan peringkat rendah di pekan sebelum menyambung pelajaran menengah di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Malaya.Beliau telah bertugas di SEMESTA Raub Sebagai Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Akademik selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Pengetua di SMK Seri Tualang Temerloh.
admin on September 17 2007 10:36:04
128 Comments · 5587 Reads · Print
Sambutan Hari Guru Daerah Pekan: SHAH Meraih 13 Anugerah
Shah Pekan, 12 Ogos, Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Pekan yang dibuat pada hari ini menyaksikan Shah berjaya meraih 13 anugerah yang merupakan yang terbanyak dikalangan sekolah-sekolah daerah Pekan.Antara anugerah yang dimenangi ialah pencapaian peratusan lulus tertinggi, Pencapaian 100% Gred A bagi Mata Pelajaran (PMR dan SPM), Prestasi Meningkat Dua Tahun Berturut-Turut serta Pencapaian Cemerlang (GPS). Selain itu Pengetua Shah juga memenangi anugerah khas kepimpinan dalam ICT manakala Tuan Hj Suhaimi bin Endut memenangi Anugerah Guru Dalam ICT dan Anugerah Inovatif Individu Sekolah Menengah 2007. Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pekan pada tahun ini diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak yang turut menyampaikan hadiah kepada para penerima anugerah.
admin on August 13 2007 16:30:18
158 Comments · 8100 Reads · Print
Pemantauan Sekolah Kluster
Shah Pekan, 02 Ogos, Seramai empat orang nazir telah datang ke Shah selama dua hari berturut-turut untuk membuat pemantauan bagi melihat kelayakan SHAH untuk diangkat menjadi sekolah Kluster.Pemantauan berkenaan melibatkan persekitaran sekolah, pentadbiran sekolah, pemantauan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dan sebagainya.Pihak pentadbiran sekolah telah membuat persediaan sebaiknya dan memberikan input-input yang diperlukan bagi melayakkan SHAH diangkat menjadi sekolah Kluster.
admin on August 03 2007 11:01:54
134 Comments · 4944 Reads · Print
Page 46 of 50 << < 43 44 45 46 47 48 49 > >>
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

7785938 Unique Visits

Powered by PHP-Fusion v6.00.207 © 2003-2005