| Users Online |
Guests Online: 1
No Members Online
Registered Members: 865
Newest Member: machen
|
|
| Foto Terkini.. |
 |
|
|
| News |
| SHAH SEKOLAH KLUSTER |
| Shah Pekan, 22 Mei,Shah Pekan telah secara rasminya diiktiraf sebagai sebuah sekolah Kluster. Perkara ini telah diumumkan oleh tuan pengetua Shah apabila pihak sekolah mendapat surat rasmi pengiktirafan tersebut pada 21 Mei lalu. Dengan pengiktirafan ini pihak pentadbiran sekolah mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Shah dan diharapkan dengan pengiktirafan ini juga diharapkan semua warga Shah akan terus berjuang untuk meningkatkan lagi kecermelangan dalam semua aspek. |
admin on May 23 2009 08:17:04 ·
32 Comments ·
584 Reads ·
|
|
| SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN |
| Pihak Pentadbiran Sekolah beserta guru dan kakitangan sokongan Shah mengucapkan Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah pun bermula pada 18 Mei lalu bagi tingkatan 4 dan 5 dan 25 Mei ini bagi tingkatan 1, 2, dan tiga kepada semua pelajar Shah Pekan. Harapan kami semoga anda dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda. |
admin on May 23 2009 08:09:07
22 Comments ·
341 Reads ·
|

| 349 PELAJAR MENERIMA HADIAH SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SHAH |
Shah Pekan, 30 April, seramai 349 pelajar dan bekas pelajar shah (SPM 2008) menerima hadiah sempena Majlis Anugerah Cemerlang Shah 2009 yang diadakan di Dewan Shah Perdana pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh YH Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelajaran yang turut menyampaikan hadiah kepada para pelajar.Antara pelajar yang menerima hadiah ialah saudari Sahilah binti Hamdan (terbaik PMR 2008) dan saudari Norlaili bt Abdul Rahman (terbaik SPM 2008), Mohd Ikhwan Hibbatullah bin Mohd Fauzi (Anugerah Ahmad Kamal) dan Mohd Fariz Hafiz bin Mohd Rohaizat (Anugerah Pelajar Serba Boleh). Hadiah-hadiah turut di sampaikan oleh YDP PIBG Shah, YH Dato' DR. Haji Ardi bin Hj Awang.

|
admin on May 03 2009 09:40:05
19 Comments ·
528 Reads ·
|

| MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA 2009 |
| Shah Pekan, 20 April, Bulan Bahasa Shah yang bermula pada 23 Mac lalu berakhir dengan rasminya pada hari ini. Sepanjang sebulan Bulan Bahasa, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah pertandingan pantun, Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pertandingan Scrabble, pertandingan forum remaja, pertandingan Choral Speaking, pertandingan tulisan Khat, Origami, permainan Bahasa Perancis, Permainan Bahasa Jepun serta Pidato Diraja. Majlis Penutupan Rasmi yang diadakan pada hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Shah En. Abdullah bin Musa |
admin on April 21 2009 08:05:22
17 Comments ·
618 Reads ·
|

| Selamat Menduduki Ujian Penilaian 2 |
| Pihak Pentadbiran Sekolah beserta guru dan kakitangan sokongan Shah mengucapkan Selamat menduduki Ujian Penilaian 2 pada 7 hingga 9 April ini kepada semua pelajar Shah Pekan. Harapan kami semoga anda dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda. |
admin on April 05 2009 22:41:32
12 Comments ·
417 Reads ·
|

| SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH |
Shah Pekan, 09 Mac, Sambutan Maulidur peringkat sekolah yang diadakan pada hari ini bermula dengan perarakan pelajar dan guru dari Dataran Asrama Putera Shah hingga ke Dataran Ilmu. Setelah berselawat kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, semua pelajar berkumpul di Dewan Shah Perdana untuk majlis perasmian Bulan Dakwah Shah yang dirasmikan oleh Timbalan Pengetua Shah iaitu Tuan Zakaria bin Tuan Muda. Bagi memeriahkan majlis, kumpulan nasyid undangan, IRSYADI dari KISAS telah mempersembahkan lagu-lagu nasyid yang menghiburkan serta berjaya menarik perhatian pelajar dengan celoteh mereka. Sambutan pada hari ini diakhiri dengan pertandingan kuiz agama antara rumah sukan .

Bersalawat... |
admin on March 09 2009 12:25:02
17 Comments ·
499 Reads ·
|
|
 |
| MINI KONSERT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN BULAN DAKWAH |
Shah Pekan, 08 Mac, kumpulan nasyid Shah, Voice Of Islam telah mengadakan sebuah persembahan mini konsert yang diadakan pada malam ini bertempat di Dewan Shah Perdana sempena Bulan Dakwah Shah 2009. Mereka telah mempersembakan sebanyak lapan buah lagu berunsur ketuhanan yang kebanyakannya merupakan lagu nasyid kegemaran ramai pada masa kini. Selain itu persembahan puisi juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Persembahan Puisi Penuh penghayatan... |
admin on March 09 2009 12:17:27
15 Comments ·
473 Reads ·
|

| 40 PELAJAR BARU TINGKATAN 1 AMBILAN KEDUA MENDAFTAR DIRI |
| Shah Pekan 25 Febuari, seramai 40 pelajar baru tingkatan 1 ambilan kedua mendaftarkan diri pada hari ini. Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar yang terpilih semasa sesi temuduga yang diadakan pada 19 Januari yang lalu dan semuanya berasal dari negeri Pahang. Beberapa orang pelajar yang ditemui berkata mereka gembira dapat menjadi warga Shah dan berkeyakinan dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Mereka juga bertekad untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat memberikan sumbangan kepada sekolah sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. |
admin on February 26 2009 09:51:58
14 Comments ·
576 Reads ·
|

| MSSM PEKAN 2009 : SELAMAT BERJUANG UNTUK ATLET SHAH |
| Kejohanan Olahraga MSSM Pekan yang bermula hari ini Di Padang Shah membawa cabaran getir untuk semua atlet Shah dalam misi mempertahankan kejuaraan untuk kali yang ke-20. Kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan semasa latihan memancarkan harapan bahawa atlet Shah mampu untuk menggalas misi yang disasarkan. Sebagai warga Shah yang ingin melihat kecemerlangan Shah dalam semua aspek, besarlah harapan kami agar atlet Shah yang terdiri dari Muhammad Musa' ab Azeman, Muhammad Najib, Muhammad Nur Hishamudeen, Mohd Faiz Japari, Muhammad Nazirul Mok Hat, Muhammad Hilmi Zainuddin,Nurul Ayu Izzati Aziz, Nurul Najwa Izzati, Norshafima Mohd Noor, Engku Norhidayah Engku Gharzali, Fatin Farhana Mohd Yusuf, Norsyakirin Mohd Ali dan Nurul Jannah Ahmad Ghulamuddin dapat berjuang dengan semangat yang jitu demi kelangsungan kejuaraan. SELAMAT BERJUANG... |
admin on February 24 2009 08:53:34
12 Comments ·
571 Reads ·
|

| UJIAN PENILAIAN 1 PADA 2,3 DAN 4 MAC |
| Shah Pekan, Ujian penilaian 1 yang sepatutnya bermula pada 23 Febuari ini telah ditunda kepada 2, 3 dan 4 Mac ini. Penundaan tarikh ini disebabkan beberapa faktor iaitu kerana ramai pelajar dan guru terlibat dengan Kejohanan Olahraga MSSM pekan yang akan di adakan di Pdang Shah pda tarikh yang sama. Selain itu penundaan ini juga untuk memberikan peluang kepada pelajar tingkatan satu ambilan kedua yang akan melaporkan diri pada 25 Feb ini untuk mengambil ujian berkenaan. |
admin on February 22 2009 11:28:06
11 Comments ·
448 Reads ·
|

| RUMAH RAHMAN JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH KALI KE-20 |
Shah Pekan, 08 Febuari, Rumah Abdul Rahman telah muncul sebagai juara Kejohanan Olahraga Tahunan Shah yang diadakan pada hari ini. Rumah Rahman memperolehi mata keseluruhan sebanyak 788. Tempat kedua dimenangi oleh rumah Murad dengan mata keseluruhan 766, ketiga Hamdan 718 mata dan keempat Aminuddin dengan mata 649. Muhammad Musa'ab Umair Azeman (Murad) diumumkan sebagai Olahragawan B18 dan Nurul AyuIzzati (Hamdan)Olahragawati B18. Olahragawan B15 dimenangi oleh Muhd Amirullah Zulkifli (Aminuddin) dan olahragawati B15 dimenangi oleh Nor Faizira Asyikin (Rahman). Muhd Firdaus Amir Ahmad (Hamdan) memenangi olahragawan B13 dan Nor Sabira Mohd Sabri d(Murad) dinobatkan olahragawati B13. Kejohanan Olahraga Tahunan Shah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, En. Yahya bin Zainal Abidin.
 |
admin on February 10 2009 15:25:22
19 Comments ·
584 Reads ·
|
|
|
|
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|