| PERTANDINGAN GOLF AMAL SHAH PEKAN 2010 |
SHAH Pekan ,17 Julai, satu pertandingan golf amal telah diadakan pada hari ini bertempat di Kelab Golf Diraja Pekan.Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan bermatlamat untuk menampung perbelanjaan Kelab Golf Shah di samping memupuk silaturrahim antara pentadbir, guru dan ibu bapa. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada PIBG, Alumni serta pelajar sekolah. Antara yang turut menyertai pertandingan ini ialah YH Dato' Ahmad Azmi bin Abu Talib, En. Jaafar bin Idris (KS Pembangunan Kemanusiaan JPNP), En. Mokhtar bin Abdullah (pengetua SEMSAS) Ahli-Ahli PIBG, Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pekan serta guru-guru Shah. YH Dato Ahmad Azmi bin Abu Talib telah muncul sebagai juara dalam pertandingan ini
|
|