Halaman Utama · Muat Turun · FAQ · Forum · Pautan · News Categories · Hubungi Kami · March 10 2010 20:07:22
Navigation
Search
Articles
Forum
Galeri Foto
MyEBizz
Webmail
E-Bahan
Shah Unggul 2010
SMS Sekolah
Semak Pembayaran Yuran
Maklumat Pelajar / Kelas
SBP Excellent Password

Info Sekolah
Profil Sekolah
Kurikulum
Kokurikulum
Piagam Pelanggan
Kemudahan
Kelas Tahanan
Takwim 2010
Jadual Outing/Pulang
Pentadbiran
Pentadbiran Sekolah
Kaunselor
Staf Akademik
Staf Sokongan
Info Peperiksaan
Takwim Peperiksaan 2010
Statistik Peperiksaan
Keputusan Ujian Dalaman
Organisasi
Pers. Ibu Bapa dan Guru
Kelab Guru
Kelab Staf Sokongan
Users Online
Guests Online: 8
No Members Online

Registered Members: 705
Newest Member: asjaganichkina98
Forum Threads
Newest Threads
kenalkan diri
kpd sumer form 5 yg ...
free ringtones and p...
SHAH DEBATE TEAM
Alumni Hockey
Hottest Threads
kenalkan diri [97]
Alumni Hockey [27]
SHAH DEBATE TEAM [16]
kpd sumer form 5 ... [15]
pic korang [8]
SHAH Intranet
Tempahan SmartCard
Permohonan Outing
Photo Station
Sistem Pengurusan Sekolah
Foto Terkini..
News
HAMDAN JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH KALI KE-21
Shah Pekan, 28 Februari, Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali ke-21 yang diadakan pada hari ini merupakan hari gemilang bagi rumah Hamdan kerana berjaya menjadi juara setelah sekian lama terisisih malah menduduki tempat keempat pada tahun lepas. Kejayaan ini adalah berkat usaha gigih semua ahli rumah Hamdan dari mula persekolahan dibuka yang begitu bersungguh-sungguh berlatih. Sekalung tahniah juga untuk semua guru rumah Hamdan yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kerja sepasukan. Tahniah juga diucapkan kepada rumah Murad yang menjadi naib johan, rumah Aminuddin tempat ketiga dan rumah Rahman tempat keempat. Kejohanan Olahraga Tahunan Shah pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya bin Zainal Abidin yang turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Awang Dusun on March 01 2010 00:18:24 · 0 Comments · 15 Reads · Print
SEMANGAT BERPASUKAN
Seperti tahun sebelumnya, kemeriahan Kejohanan Olahraga Tahunan Shah bukan hanya pada hari kejohanan, tetapi ianya bermula pada masa sukantara lagi. Kemeriahan amat terasa semasa semua pelajar bekerjasama, bertungkus lumus menceriakan rumah masing dengan pelbagai gaya dan ragam. Ada rumah yang sanggup berbelanja besar untuk menjadikan rumah mereka adalah yang terbaik, namun kemeriahan semasa menceriakan rumah, yang melibatkan semua pelajar yang menunjukkan kerjasama sebagai satu pasukan perlu dkekalkan. Walaupun mungkin ada yang kecewa kerana rumah mereka gagal memenangi juara keceriaan rumah, namun disebaliknya semangat berpasukan yang ditunjukkan itulah yang sebenarnya dinginkan oleh pihak sekolah dan berharap ianya akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Norie Onoda on February 28 2010 07:41:53
0 Comments · 13 Reads · Print
PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Shah Pekan, 26 Februari, Perarakan Maulidur Rasul yang diadakan seperti tahun-tahun yang lepas agak berbeza sedikit pada tahun ini. Kalau sebelumnya semua warga Shah berarak dari Aspura ke padang Shah, tetapi pada tahun ini mereka berarak dari Dataran Aspura ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Perarakan yang melibatkan semua pelajar Shah serta guru-guru Shah dimulakan pada jam 7.30 pagi. Sebahagian Pelajar Shah kemudian menyertai kumpulan pelajar dari sekolah lain seperti Sekolah Tengku Abdullah, SM Agama AlAtas, SM Agama Ampuan Fatimah berarak mengelilingi Pekan Lama dan kembali semula ke Masjid Sultan Ahmad Shah.
admin on February 28 2010 07:26:59
0 Comments · 13 Reads · Print
ACARA SEBELUM KOT: PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT
Shah Pekan, 24 Februari, acara-acara sukan sebelum hari kejohanan yang masuk hari ketiga pada hari ini bertambah sengit. Jika Aminuddin mendominasi hari kedua, persaingan pada hari ketiga agak seimbang di antara keempat-empat buah rumah. Dengan acara balapan yang menjadi tumpuan iaitu 4X400M bagi semua kategori kecuali B18, persaingan menjadi lebih terbuka dengan dominasi setiap rumah bagi kategori umur.Bagi acara tarik tali, Hamdan nampaknya sukar dicabar oleh rumah lain. Dengan hanya tinggal acara terakhir pada hari esok (Khamis, 25 Feb) , KOT pada tahun ini pastinya lebih mendebarkan dengan kejuaraan hanya dapat ditentukan pada hari sebenar KOT pada 28 Februari ini.













Acara Tarik Tali
admin on February 24 2010 19:38:07
0 Comments · 18 Reads · Print
ACARA SUKAN SEBELUM KOT BERMULA
Shah Pekan, 22 Februari, Acara-acara sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan Shah bermula pada hari ini. Antara acara-acara yang berlangsung pada hari ini ialah acara padang iaitu lontar peluru (L13 dan L15), Rejam Lembing, Lompat Kijang, Lompat tinggi (P18) serta beberapa acara balapan seperti 200 meter dan 1500 Meter. Tidak ketinggalan acara tarik tali yang menemukan rumah Murad dan Rahman serta rumah Hamdan dan Aminuddin. Keadaan agak meriah dengan pasukan sorak rumah masing-masing begitu teruja memberikan semangat kepada atli rumah mereka. Acara-acara sebelum KOT akan berterusan sehingga hari Khamis 25 februari ini.













Go...Hamdan











Penyokong pembakar semangat....
Awang Dusun on February 22 2010 21:48:15
1 Comments · 25 Reads · Print
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU TINGKATAN 1 AMBILAN 2
Pihak Pentadbiran Sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua 17 orang pelajar baru tingkatan satu ambilan 2 sesi 2010 yang mendaftarkan diri pada hari ini. Harapan pihak sekolah agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan di Shah dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan Shah.
admin on February 22 2010 12:07:20
2 Comments · 29 Reads · Print
CUACA PANAS MENJEJASKAN PADANG SHAH
Cuaca Panas yang melanda seluruh negara kini turut menjejaskan keseluruhan pemandangan di Shah terutama sekali padang bola sepak Shah yang kini bertukar kering dan kekuningan. Keadaan sebegini bukanlah pertama kali berlaku, tetapi keadaan padang yang kering dan keras sedemikian dibimbangi akan menjejaskan prestasi atlit-atlit rumah sukan yang akan mula bertanding untuk acara-acara sebelum KOT yang akan bermula pada 22 Februari ini selain mengundang risiko kecederaan. Diharapkan pihak pentadbiran sekolah dapat melakukan sesuatu untuk mengembalikan semula kehijauan padang Shah sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan yang akan diadakan pada 28 Februari ini.













Kehijauan bertukar kekuningan
Awang Dusun on February 21 2010 13:40:22
0 Comments · 18 Reads · Print
HAMDAN JUARA SUKANTARA ??
Sukantara telahpun berakhir. Pelbagai reaksi dan ragam ditunjukkan oleh setiap ahli rumah. Ada yang gembira dapat semua mata dalam semua acara, ada yang menangis kerana rasa dapat dua mata tapi dapat kad satu mata sahaja, ada yang rasa teraniaya kerana rasa patut dapat mata tapi penat lelah sia-sia je sebab hakim main silap mata, ada tak dapat berkata apa-apa kerana tak menduga dapat dua mata kerana rasa-rasanya dapat satu mata je, tapi yang lebih parah dah mencuba pelbagai cara, lari macam kuda , tak dapat mata, tapi tercedera pula.Ada yang terus lari pulang ke Aspura bila tak dapat mata kononnya terlalu kecewa. Itulah pelbagai reaksi dan ragam setiap peserta yang begitu teruja untuk menyumbangkan mata untuk rumah masing-masing. Namun peserta harus akur , keputusan hakim adalah muktamad. Sukantara bukanlah berakhir segala-galannya kerana masih ada ruang untuk menyumbangkan mata pada masa acara-acara sebelum hari kejohanan yang akan bermula pada 22 Februari nanti. Rumah mana bergelar juara Sukantara? Daripada desas desus yang diperolehi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Rumah Hamdan masih yang tertinggi dari segi pungutan mata, manakala rumah Aminuddin melompat ketangga kedua. Tempat ke tiga Murad dan keempat Rahman. Keputusan rasmi, sama-samalah kita tunggu selepas cuti Tahun Baru Cina.
eddy65 on February 12 2010 11:47:21
6 Comments · 93 Reads · Print
JAMUAN 1SHAH 1FAMILY
Shah Pekan, 10 Februari, satu jamuan yang bertemakan 1Shah 1Family telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Shah Pekan. Jamuan yang bermula pada jam 9.00 malam ini dihadiri oleh semua guru Shah serta semua pentadbir Shah. Semua guru yang menjadi mentor kepada pelajar mengikut rumah masing-masing makan bersama-sama. Jamuan ini adalah merupakan satu program sokongan kepada program mentor menti yang dilaksanakan di Shah. Program-program lain yang melibatkan mentor dan menti akan dilaksanakan dari semasa ke semasa yang antara lain bertujuan mewujudkan rasa satu kekeluargaan selaras dengan moto program mentor menti ' yang tua dihormati, yang muda disayangi'.
admin on February 10 2010 23:36:29
1 Comments · 42 Reads · Print
SUKANTARA : HAMDAN MENDAHULUI RUMAH LAIN
Shah Pekan, 10 Februari, Sukantara yang masuk hari ketiga pada hari ini secara tidak rasminya menyaksikan rumah Hamdan mendahului rumah lain dari segi pungutan mata.Tempat kedua rumah Murad, ketiga Rahman dan keempat Aminudin. Mampukah Hamdan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu ?. Semuanya akan terjawab apabila semua rumah melakukan acara terakhir pada hari ini dengan Hamdan akan melakukan acara 800M, rumah Murad Lontar Peluru, rumah Aminudin 100M dan rumah Rahman acara Lompat Jauh. Rumah manakah yang akan bergelar Juara Sukantara? Sama-samalah kita tunggu!!!.
admin on February 10 2010 22:48:52
1 Comments · 34 Reads · Print
SUKANTARA BERMULA
Shah Pekan , 08 Febuari, Selepas acara merentas desa yang diadakan pada 06 Febuari yang lalu, hari ini bermulalah acara Sukantara. Sukantara yang diadakan setiap tahun yang memberikan peluang kepada setiap pelajar menyumbangkan mata kepada rumah masing-masing, menyaksikan persaingan sengit antara empat buah rumah yang bertanding. Acara yang bermula pada hari ini menyaksikan rumah Rahman melakukan acara 800 meter, rumah Aminudin, lompat jauh, rumah Murad cara 100 meter dan rumah Hamdan acara Lontar Peluru. Sukantara dijangka akan tamat pada hari khamis ini.
admin on February 08 2010 23:35:57
1 Comments · 30 Reads · Print
Page 1 of 12 1 2 3 4 > >>
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Shoutbox
You must login to post a message.

bakti fanatic
09/03/2010 12:01
ntah!!! aku pon x tau!!

musab
07/03/2010 23:33
weii asal markah shah unggul 2009 x ltak.. sdey r gini tyme murad mnang taun lpas x tarok..

kkpiipo
07/03/2010 21:05
salam..skola kite ade alumni x?kalo ada mane nak register?

logitech
05/03/2010 17:07
lme x bukak..hai seme dax shah..love you so much!!!rndu kt shah

fivers0307
04/03/2010 00:01
cari2 pencapaian shah.. kat ne yek?

cintalaura
03/03/2010 13:52
cam knl je harry hoddinni nie...

cintalaura
03/03/2010 13:47
ape crite dgan speck? o firdaus?.. riso la plak. aku pun dak hmdn.

putera_laut0307
02/03/2010 20:09
haii... aq baru join...huu...saper teror teka aq saper?/

udi2504
01/03/2010 11:31
salam adik-2 hamdan... selaku warga hamdan... juga dulu... mengucapkan tahniah pada kalian... huhuhu piala pulang ke hamdan... cam masa aku dulu 2006

anisyuhada009
28/02/2010 23:33
finally, piala KOT kmbali ke hmdann,,ble murad na rmpas balik,,??!

Shoutbox Archive
Copyright SHAH Pekan© 1989 - 2010